Tombiruo Meraih Lebih RM2 Juta Dalam Tempoh 4 Hari Tayangannya

Tombiruo Astro Shaw
Filem Tombiruo : Penunggu Rimba telah berjaya meraih kutipan melebihi RM 2 juta dalam tempoh 4 hari tayangannya sejak ditayangkan bermula 12 Oktober.

Filem aksi drama terbitan Astro Shaw ini diadaptasi dari karya novelis thriller nombor satu di Malaysia, Ramlee Awang Murshid ditayangkan di 115 pawagam seluruh Malaysia termasuk Brunei dan Singapura.

Lebih menakjubkan, negeri Sabah turut menyumbangkan kutipan tertinggi untuk filem ini.

Rata-rata penonton yang telah menyaksikan filem ini memberikan respon positif menerusi perkongsian di laman sosial. Malah filem ini berada di tangga ke dua untuk carta filem GSC (Golden Screen Cinema) dan sekaligus mengetepikan filem-filem luar negara seperti The Foreigner, Blade Runner 2049 dan Kingsman: The Golden Circle.

Barisan pelakon tanah air yang telah menjayakan filem ini adalah Zul Ariffin, Farid Kamil, Nabila Huda, Faizal Hussein, Farah Ahmad, Artu, Hasnul Rahmat, Michael Chen, Dato’ M Nasir, Datin Marlia Musa, Faye Khusyairi, Dynas Mokhtar dan adik Muhammad Al-Rayyan.

Mereka juga akan menemui penonton di sebalah selatan bagi sesi jelajah filem ini selama 3 hari bermula 20 sehingga 22 Oktober ini.





“Tombiruo : Penunggu Rimba” memaparkan kisah Ejim digelar sebagai Tombiruo kerana dianggap sebagai penunggu rimba. Lelaki yang sentiasa bertopeng ini disisihkan oleh penduduk kerana memiliki wajah bukan manusia.

Apabila satu insiden yang tragis berlaku pada Tombiruo, ia telah menimbulkan kemarahannya dan dendam. Sementara itu, Amiruddin menganggap Tombiruo sebagai punca keperitan hidup keluarganya dan mula menjejaknya.

Pergelutan diantara mereka berlaku demi menegakkan kebenaran masing-masing.

Saksikan filem Tombiruo di pawagam di seluruh negara. Jangan lupa layari laman sesawang www.tombiruomovie.com dan gunakan tanda pagar #tombiruo,
#tombiruomovie #penunggurimba di laman sosial sebagai tanda sokongan pada filem ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments