Filem Abang Long Fadil 3 Mula Pengambaran Tahun Depan

Abang Long Fadil 3
Datuk Yusof Haslam mengesahkan sekuel filem Abang Long Fadil (ALF) akan diteruskan dengan mengekalkan pelakon utamanya Zizan Razak.

Susulan kejayaan filem arahan anaknya, Syafiq iaitu Abang Long Fadil 2 (ALF2) mengutip RM18.1 juta membuatkan pihaknya merancang meneruskan sekuelnya, Abang Long Fadil 3.





Abang Long Fadil 3 dijangkakan membabitkan kos sebanyak RM4 juta dimana penggambarannya akan bermula selepas Aidilfitri tahun depan.

Kejayaan filem keenam arahan Syafiq itu menyingkir kedudukan filem Polis Evo terbitan Astro Shaw yang mencatatkan kutipan terbanyak sebelum ini iaitu RM17.74 juta.

Untuk filem ketujuh arahan Syafiq iaitu KL Special Force, ianya akan ditayangkan pada Mac tahun depan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments