Sufi Hasil Single Terbaharu Dengan Haqiem Rusli

Sambutan Luar Biasa ‘Aku Sanggup’ Pemangkin Sufi Hasil Single Terbaharu Dengan Haqiem Rusli

Sufi Rashid kembaliSufi Rashid kembali menghangatkan industri muzik tanah air selepas menerima sambutan luar biasa menerusi single ‘Aku Sanggup’ yang memperoleh hampir 11 juta tontonan di laman sesawang YouTube.

Kini, lebih bersemangat dan yakin, Sufi kembali dengan single terbaharu berjudul ‘Aku Sendiri’ hasil ciptaan bersama penyanyi serta komposer muda berbakat besar, Haqiem Rusli.

Kehebatan vokal yang dimiliki Sufi sememangnya tidak dapat dinafikan lagi sejak beliau mula diperkenalkan melalui AF2015 dan pada single-single terdahulu.

Sufi menyanyikan setiap patah perkataan dengan begitu mendalam dan seakan ‘terasa’ apabila mendengarnya.

Jika dengan single ‘Aku Sanggup’, ia menceritakan tentang kesanggupan seorang lelaki dalam mempertahankan cintanya terhadap wanita yang disayanginya walaupun terpaksa merayu dan melutut demi meminta peluang kedua daripada bekas kekasihnya tetapi dengan single ‘Aku Sendiri’.

Single ‘Aku Sendiri’ ini diterbitkan oleh Rocketfuel Entertainment Sdn. Bhd. dan bakal menemui peminat-peminat di corong-corong radio seluruh Malaysia bermula pada hari ini.

Lagu ini juga boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments