Warner Music Malaysia Gegarkan Enam lokasi IPT Tour 2017!

Warner Music Malaysia IPT Tour 2017!
Warner Music Malaysia penampilkan barisan artis popular tanah air iaitu Awi Rafael, Aizat Amdan, Aziz Harun, Harris Baba, Payslip serta artis baru di bawah naungan label Warner Music iaitu Nastia, Cassidy, Bella Nazari, Andi Bernadee, Dewi Seriestha dan Tysha Tiar.

Kesemua artis ini bakal menggegarkan enam lokasi IPT Tour 2017 di Malaysia, bermula pada lokasi yang pertama di WIDAD University College – Kuantan Pahang pada 27 September, Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) – Johor Bharu pada 16 Oktober, Universiti Sains Malaysia (USM) pada 30 Oktober dan pada 8 November 2017 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).





Ternyata ketiga-tiga lokasi yang mereka kunjungi mendapat sambutan yang begitu memberangsangkan dan dibanjiri oleh ribuan para peminat setiap artis.

Bukan sahaja persembahan yang mereka sajikan malah sesi ‘meet & greet’ juga dilakukan bagi peminat untuk tidak melepaskan peluang untuk beramah mesra bersama artis kesayangan mereka.

Para peminat dan pengunjung yang hadir juga telah memberikan sorakan dan sokongan yang begitu baik serta ‘feedback’ yang positif pada setiap persembahan para artis.

Sudah pasti persembahan yang disajikan begitu bertenaga dan para penonton terpukau dengan persembahan barisan artis Warner Music Malaysia, malah secara tidak langsung juga para artis dapat bertemu peminat dengan lebih dekat lagi.

Pada anda yang ingin mengenali artis-artis bawah naungan label Warner Music, boleh terus layari laman web rasmi Warner Music Malaysia di pautan ini: http://warnermusic.com.my/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments