DO[S]A Catat Fenomena Baharu Industri Hiburan Nusantara

Astro Original Series - DOSATahun lepas, Astro telah mengumumkan kerjasama mega di antara Malaysia – Indonesia menerusi projek mini siri Nusantara premium eksklusif bertajuk DO[S]A.

Ia merupakan ‘An Astro Original Series’ adalah karya asal Ketua Unit Drama Premium & Filem Astro, Saniboey Mohd Ismail dan Salman Aristo, yang turut bertindak sebagai penulis skrip untuk naskhah ini.

DO[S]A dibarisi pelakon-pelakon hebat gabungan tiga buah negara; Malaysia, Indonesia dan Singapura bagi menggerakkan setiap watak dalam jalan cerita.

Nama-nama yang terlibat adalah seperti Dato’ M.Nasir, Remy Ishak dan Daniella Sya dari Malaysia, Ashraf Sinclair, Roy Marten, Maudy Koesnaedi, Hannah Al Rashid, Reuben Elishama dan Tegar Satrya dari Indonesia, serta Shenty Feliziana dan Hisyam Hamid dari Singapura.

Ia juga turut mendapat sentuhan daripada pengarah terbaik Indonesia 2011 iaitu Ifa Isfansyah. Ifa Isfansyah yang merupakan seorang sutradara yang begitu begitu berbakat besar dan amat dihormati.




Sinopsis DO(s)A

DO(s)A mengisahkan empat beradik dibesarkan bapa mereka sendirian iaitu Latif (M Nasir) dengan nilai kesederhanaan, pegangan agama yang kuat dan disiplin persilatan. Fuad (Ashraf Sinclair), Farid (Remy Ishak), Fahad (Hisham Hamid) dan Fara (Shenty Feliziana) hidup bersama bapa mereka di tempat paling sunyi di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Di situ, mereka menjalani kehidupan hampir tersembunyi daripada masyarakat dan setiap hari berlatih ilmu persilatan seolah-olah sedang bersiap-siaga menghadapi sesuatu. Fara sering memberontak namun tidak diendahkan Latif.

Hubungan keluarga itu semakin bergolak apabila Fara berkenalan dengan seorang lelaki Indonesia, Arian (Reuben Elishama), yang tiba dari Jakarta semata-mata untuk berjumpa Latif. Dalam usaha Arian melembutkan hati Fara untuk membawanya bertemu Latif, mereka menjadi rapat.

Menyedari perkara itu, Fuad yang seolah-olah mengetahui tujuan Arian mencari Latif menghalang Fara daripada bertemu Arian bahkan Fuad bertindak mengusir Arian pulang ke Jakarta kerana Latif tidak mahu lagi ada kaitan dengan orang seperti Arian.

Berang dengan tindakan Fuad, Fara mengekori Arian ke Jakarta tanpa mengetahui bahaya yang menantinya di sana. Sebaik saja Fara keluar dari pintu ketibaan di lapangan terbang di Jakarta, dia diculik dan dihumban ke dalam van lalu dikurung di sebuah gudang. Lantas, Latif terus menghantar Fuad, Farid dan Fahad ke Jakarta untuk membawanya pulang. Di sana, mereka tiga beradik sering diserang tanpa sebab yang pasti.

Arian yang baru mendengar berita penculikan Fara turut berganding bahu membantu abang Fara. Semakin lama mereka di Jakarta, semakin banyak yang mereka mula fahami mengenai asal usul keluarga mereka dan siapa bapa mereka sebenarnya. Tanpa disedari, mereka terjerumus di tengah-tengah pergelutan kuasa di dalam dunia kongsi gelap Jakarta. Hanya mereka yang mampu mengakhirkan perang ini, walau sebesar mana pengorbanan yang diperlukan.

Tarikh tayangannya?

Bro akan kongsikan dengan anda selepas majlis pratonton pada minggu hadapan. Stay Tune 😉

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments