Gegar Lawak : 2B, Sogeh dan Rizal Diberi Peluang Kedua

Gegar Lawak Peluang Kedua
Pentas Gegar Lawak dibuka pada Jumaat lalu, menyaksikan 14 peserta membuat kejutan dengan persembahan pecah perut.

Oleh itu, tiga peserta yang berada di kedudukan tercorot pada akhir persembahan iaitu 2B, Sogeh dan Rizal diberi peluang kedua untuk meneruskan perjuangan mereka di pentas Gegar Lawak.

Turut diperkenalkan pada minggu lalu adalah seorang lagi juri tetap Gegar Lawak yang bergandingan bersama Douglas Lim, iaitu figura yang tidak asing lagi dalam dunia komedi di Malaysia, Dato’ AC Mizal. Mereka berdua bergandingan bersama Datuk Zainal Abidin selaku juri jemputan minggu pertama dalam mengkritik persembahan peserta.

Dalam pada itu, ‘Man On Demand’, gelaran yang diberikan kepada peserta yang paling menyerlah pada minggu tersebut, menjadi milik kumpulan Kiut. Pemegang gelaran tersebut mendapat kelebihan untuk memilih tema persembahan pada minggu seterusnya dan kumpulan Kiut telah memilih tema ‘Kenangan’.

Menariknya, pada persembahan minggu kedua ini, bukan sahaja para peserta yang akan membuat persembahan tetapi juga pengacara Gegar Lawak iaitu Kamal Adli dan Fad Bocey.

Jom kita saksikan persembahan lawak kesemua peserta Gegar Lawak pada minggu ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments