‘Hari Ini Dalam Sejarah’ – Single Terbaru Hafiz Suip Selepas 2 Tahun Menyepi

Hari Ini Dalam Sejarah - Hafiz Suip
Bekas Juara Akademi Fantasia musim ke-7, Mohd Hafiz Mohd Suip, atau lebih terkenal dengan nama Hafiz Suip kembali menghangatkan industri muzik Malaysia dengan single terbaharu setelah hampir dua tahun menyepi.

Kini, mempertaruhkan genre pop dan lari dari genre kebiasaan iaitu balada, Hafiz mempertaruhkan single ‘Hari Ini Dalam Sejarah’ hasil ciptaan komposer hebat, Audi Mok dan penulis lirik terkemuka, Shazee Ishak.

Pelantun lagu Awan Nano yang fenomena sekaligus menjadi juara pada pertandingan nyanyian penuh berprestij iaitu Anugerah Juara Lagu ke-26 pada tahun 2011 ini terdahulu telah pun melancarkan single ‘Kejar’ yangmembawa genre funk pada bulan Ogos tahun lepas.

Baharu-baharu ini, Hafiz telah bergelar bapa setelah menerima cahaya mata yang pertama.




‘Hari Ini Dalam Sejarah’ menceritakan tentang sesuatu yang bersejarah atau mempunyai makna tertentu yang berlaku pada hari tersebut seperti kelahiran anak saya, tarikh perkahwinan saya dengan isteri dan sebagainya.

Pelbagai peristiwa yang telah dan bakal berlaku dalam hidup kita sehari-hari dan kadangkala ianya membawa maksud yang
istimewa bagi setiap individu dan layak diingati sampai bila-bila.

Sepanjang bergelar anak seni, bermacam-macam yang telah saya lalui dan tempuhi dan setiap momen saya anggap berharga kerana tanpa pengalaman lepas, saya tidak akan berdiri di sini pada hari ini.” – Hafiz Suip

Lagu ‘Hari Ini Dalam Sejarah’ boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music.

Video lirik dan muzik lagu ‘Hari Ini Dalam’ ini juga boleh di tonton di saluran Youtube Rocketfuel Network.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments