Rancangan Komedi Harith Iskander di Netflix

Rancangan Komedi Harith Iskander di Netflix
Netflix Memperkenalkan Rancangan Komedi Istimewa Pertama di Asia Tenggara Oleh Harith Iskander pada Januari 2018.

Dalam rancangan komedi istimewa yang berjudul “I Told You So” ini, Harith Iskander yang turut dikenali sebagai “Godfather of Stand-up Comedy” akan mempersembahkan variasi lawak jenakanya yang tidak asing lagi di Asia Tenggara.

“I Told You So” akan menyentuh pelbagai topik termasuk kekeluargaan, pengalaman janggal pasangan sedang bercinta, sosial dan kebudayaan yang sering dialami oleh masyarakat di Malaysia dan Singapura dalam masa satu jam.

Sejak ia mula dilancarkan di 190 negara pada awal 2016, Netflix telah berkembang pesat bagi mengukuhkan lagi kedudukannya di Asia. Ia juga telah memperluaskan lagi program rancangannya dengan memperbanyakkan kandungan antarabangsa yang merangkumi cerita-cerita baharu, asli dan berkualiti dari Asia.

Syarikat tersebut ketika ini sedang dalam proses penghasilan atau perbincangan bagi menghasilkan rancangan-rancangan asli di lebih 15 buah negara serantau termasuk Jepun, Korea, India, Thailand, Indonesia dan Taiwan pada tahun ini.




Selain Harith Iskander, Netflix juga akan menampilkan persembahan pelawak Singapura, Fakkah Fuzz serta pelawak tunggal Malaysia, Kavin Jay ke pentas dunia pada awal 2018.

Ketiga-tiga rancangan komedi istimewa tersebut akan ditayangkan di Netflix di seluruh dunia pada tarikh berikut: Harith Iskander ‘I Told You So’ pada 19 Januari, Fakkah Fuzz ‘Almost Banned’ pada 26 Januari dan Kavin Jay ‘Everybody Calm Down!’ pada 2 Februari.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments