4 Peserta Tersingkir Serentak Dari Pentas Gegar Lawak

4 peserta tersingkir Gegar Lawak
Kejutan besar berlaku pada penghujung minggu ke-3 rancangan Gegar Lawak di mana bukan seorang peserta, bukan juga dua peserta tetapi empat peserta yang berada di kedudukan terbawah dalam carta undian telah disingkirkan sekaligus.

Mereka terdiri daripada tiga peserta solo; Ayim, Tasya dan Rizal dan juga satu peserta duo iaitu kumpulan Candy.

Pastinya ini merupakan satu tamparan hebat buat setiap peserta untuk terus meningkatkan mutu persembahan lawak masing-masing.

Persembahan cemerlang Kiut yang mengetengahkan tabiat sesetengah pekerja yang gemar berpura-pura tidak sihat untuk mendapatkan surat cuti sakit daripada doktor melayakkan trio ini sekali lagi merangkul gelaran Man On Demand.

Kumpulan Kiut memilih tema ‘Percutian’ bagi persembahan mingguan di minggu keempat ini.

Jangan lupa untuk menyaksikan Siaran Langsung Gegar Lawak pada setiap hari Jumaat pukul 10 malam di Astro Warna & Warna HD.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments