“Kata Juang” Gandingan Baharu Azmi Saat & Daly Filsuf

Kata Juang Azmi Saat & Daly Filsuf
Vokalis kumpulan Caliph Buskers, Azmi Saat tampil dengan buah tangan terbaharu, bergandingan bersama Daly Filsuf dalam Kata Juang.

Gandingan kali pertama Azmi Saat dan Daly Filsuf ini telah diinspirasikan oleh komposer muda meningkat naik, Awad yang inginkan lagu ciptaan beliau disampaikan oleh dua figura hebat tanahair ini. Lagu ini turut mendapat sentuhan lirik dari Daly Filsuf sendiri.

Ternyata percaturan itu berhasil dengan munculnya Kata Juang pada penghujung Januari lalu.

Kata Juang membawakan mesej positif dan peringatan buat semua manusia tentang janji-janji yang telah kita ikrarkan kepada Tuhan.






Muzik video lagu ini telah dilancarkan di laman YouTube Monkey Bone dan jumlah tontonan sudah mula meningkat dari hari ke sehari. Selain turut terdapat di semua platform digital seperti Spotify, iTunes, Apple Music, Joox, KKBox, Deezer dan Raku.

Rangka promosi lagu edaran Monkey Bone ini akan bermula pertengahan bulan Februari ini memandangkan komitmen yang telah dilalui oleh Azmi Saat semasa Anugerah Juara Lagu (AJL) 32 baru-baru ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments