Tonton Drama “Suamiku Mat Piun” 2 Bulan Awal Dalam HD

Suamiku Mat Piun
“Suamiku Mat Piun” – Sebuah Drama Komedi Baharu di tonton Siaran 2 bulan lebih awal dalam definisi tinggi (HD).

Hidup ini penuh dengan drama, ayuh hadapinya! Dalam menempuh kehidupan yang penuh pancaroba tanpa rujukan rasmi untuk kehidupan yang ideal; buat sesetengah masyarakat, bacaan ringan seringkali dijadikan panduan terbaik dalam menghadapi pelbagai masalah harian.

Sebuah kisah dengan jalan cerita dramatik, paparan setiap halaman episod diisi aksi senda tawa yang mengundang deraian air mata; menyapa gema dalam senario kehidupan sebenar.

Menampilkan barisan bintang antaranya Sharifah Sakinah sebagai Nieza dan Along Cham sebagai Pojie; selain turut disertai oleh Mark Adam, Mimi Lana serta Rania Humaira; drama komedi ini mampu membuatkan anda pecah perut dengan pelbagai aksi kelakar menerusi tayangan 2 bulan lebih awal dari TV.




Drama komedi Melayu baharu, Suamiku Mat Piun akan disiarkan eksklusif di tonton mulai 23 Februari ini dalam format definisi tinggi (HD), menampilkan sisi berbeza sebuah karangan novel yang lari dari plot kebiasaan.

Bergelak-ketawa menerusi tontonan kesemua 19 episod drama komedi ini 2 bulan lebih awal dari tayangan TV, menerusi slot saluran di tonton ‘First’.

Ia mengisahkan Nieza dan Pojie sebagai pasangan suami isteri yang melalui pelbagai fasa cabaran. Nieza adalah seorang peminat novel Melayu yang sering membuat keputusan berdasarkan jalan cerita yang diadaptasi dari novel yang dibacanya.

Halangan yang ditempuhi oleh merpati dua sejoli ini bermula dari perancangan
perkahwinan mereka dan melarat sehingga mempunyai keluarga sendiri.

Terpaksa menjalani kehidupan yang sederhana, Pojie seorang budak penghantar (Mat Piun) dan Nieza berdepan dengan bermacam konflik termasuk pelbagai masalah dari kisah lampau dan terkini membuatkan hidup mereka terumbang-ambing, menambah jenaka bersahaja dalam kitaran harian mereka.

Bolehkah Nieza dan Pojie menyelesaikan isu kehidupan dengan menjadikan novel sebagai panduan? Saksikan kesemua 19 episod di tonton ‘First’ secara eksklusif bermula 23 Februari ini.

Untuk maklumat lanjut, ana boleh layari www.tonton.com.my.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments