5 Finalis Gegarkan Pentas Akhir Gegar Lawak

Finalis Gegar Lawak 2018
Barisan pelapis terbaik pelawak tanah air bagi program Gegar Lawak telah diketahui pada Jumaat lalu apabila pengacara program, Fad dan Kamal Adli mengumumkan secara langsung barisan lima peserta yang berjaya ke pentas akhir Gegar Lawak bagi memburu gelaran juara, seterusnya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 50,000.00.

Mereka terdiri daripada dua peserta solo iaitu Padil dan Eyya, kumpulan 2B yang merupakan wakil tunggal peserta duo serta dua peserta trio iaitu Kiut dan Abata.





Eyya, satu-satunya finalis wanita, merupakan pesaing yang sukar diramal rentak permainannya dek kerana kelebihan gadis ini yang bijak menampilkan gaya persembahan lawak berbeza pada setiap minggu.

Kehadiran Padil, peserta yang konsisten dan tidak pernah berada di kedudukan terbawah dalam carta undian, pastinya membuatkan finalis lain goyah dengan jejaka dari Terengganu ini.

Mewakili peserta duo di minggu akhir, kumpulan 2B yang pernah memenangi anugerah ‘Man On Demand’, melangkah megah ke pentas akhir berbekalkan kata-kata pembakar semangat yang pernah dilontarkan kepada mereka oleh juri tetap Douglas Lim, “saya gagal mencari kelemahan dalam persembahan anda”. Pastinya, saingan sengit bakal hadir daripada

Kiut, peserta yang sangat cemerlang dan telah membolot anugerah ‘Man On Demand’ sebanyak empat kali sepanjang tujuh minggu Gegar Lawak bersiaran.

Tidak dilupa, Abata, kumpulan trio yang mempunyai identiti persembahan tersendiri dengan menyelitkan mesej berunsur dakwah dalam setiap persembahan mereka dan pernah memenangi anugerah ‘Man On Demand’ pada minggu separuh akhir yang lalu.

Pentas Akhir Geger Lawak

Untuk persembahan minggu akhir, setiap finalis harus membuat dua persembahan lawak berdasarkan dua tema yang berbeza iaitu tema ‘muzikal’ dan ‘bebas’.

Nabil Ahmad, anak seni yang juga bermula sebagai seorang pelawak solo amatur menerusi pertandingan pencarian bakat lawak dan kini sudah satu dekad berkecimpung dalam dunia hiburan, akan turut turun padang selaku Juri Jemputan untuk menilai para finalis dan memberi sokongan terhadap mereka.

Hadiah kemenangan pula berupa wang tunai bernilai RM 50,000.00 bagi juara, RM 25,000.00 bagi naib juara dan RM 15,000.00 bagi pemenang tempat ketiga.

Manakala sagu hati sebanyak RM 10,000.00 menanti pemenang tempat keempat dan RM 5,000.00 bagi pemenang tempat kelima.

Pentas akhir Gegar Lawak akan dipancarkan secara langsung pada Jumaat ini, jam 10.00 malam di Astro Warna (saluran 132) dan siaran serentak di Warna HD (saluran 134).

Penonton juga turut boleh bergelak tawa dengan menonton program in melalui platform digital, Astro GO dan ‘on demand’.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments