Bocey & Friends Live Bersiaran Langsung Mulai 23 Mac 2018

Bocey & Friends Live
Fad, Achey dan Abam bakal membuka pintu rumah mereka dan menerima kehadiran rakan pelawak serta selebriti lain pada Jumaat ini (23 Mac 2018), jam 10.00 malam bertempat di Studio Sound Stage Finas, menerusi program ‘Bocey & Friends Live’.

Untuk persembahan pembukaan ini, Bocey memilih tema ‘Kenduri Kawin’. Nampak gayanya, suasana malam hujung minggu ini akan menjadi riuh rendah.

Pastinya pelbagai persiapan telah dilakukan untuk menerima kehadiran rakan-rakan selebriti yang akan membuat penampilan istimewa dalam persembahan mereka kelak.

Dalam pada itu, sudah tentu terletak satu tanggungjawab besar di bahu setiap daripada mereka untuk memberi yang terbaik buat para peminat yang setia menunggu kemunculan mereka di pentas yang sama sejak penerbitan ‘Bocey & Friends’ kira-kira 2 tahun lalu.

Siapakah rakan pelawak Bocey pertama yang diberi penghargaan untuk menjayakan ‘Bocey & Friends Live’ pada Jumaat ini? Siapa pula selebriti jemputan mereka?

Paling utama, adakah comeback mereka sebagai satu kumpulan setelah tidak bekerjasama dalam satu tempoh yang lama, berjaya meyakinkan seterusnya menghiburkan penonton? Sama-sama kita saksikan Jumaat ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments