‘Bunga’ Hadiah Buat Peminat Dari Altimet

Altimet - Bunga (Single Cover Art)
Setelah mengacah peminat dengan memberikan video lirik kejutan dari salah satu lagu barunya yang berjudul ‘Mambang’ yang juga telah menular di laman media sosial sehingga trending ditempat ketiga dalam YouTube, Altimet kini menghadiahkan ‘Bunga’ pula kepada peminat, sebuah lagi lagu baru dari beliau.

‘Bunga’ merupakan hasil kolaborasi Omar K bersama John Jeevasingam di mana ianya dimulai dengan rentak etnik yang dipadankan bersama rentak hip-hop moden beserta kepintaran Altimet mengolah lirik yang bersahaja.

Tajuknya yang pendek dan ringkas mungkin akan disalah erti oleh peminat sebagai sebuah lagu pop yang romantis, namun jangkaan itu meleset sama sekali.

Bunga memberi beberapa maksud yang berlainan, dan ketika proses penulisan lirik lagu ini, saya dan penggubah lagu ingin menekankan tentang situasi yang kini sering berlaku kepada rakyat kita zaman sekarang. Hasilnya terdapat banyak permainan kata-kata dalam lagu ini, salah satunya saya mengatakan terdapat banyak rumah yang tiada taman yang lengkap, tapi masih ada Bunga (faedah)

Muzik video bagi lagu ini pula telah mendapat sentuhan Fluid, di bawah arahan Muit Zulhelmi, dengan kerjasama Cha Azarikh, Muit Zulhelmi dan Afiqa Zahira. Gandingan yang sama telah menghasilkan muzik video ‘Amboi’ yang merupakan antara lagu terhangat pada tahun 2017.

Peminat akan dapat melihat hasil gabungan unsur tradisional seperti wayang kulit dan duit bunga bersama grafik digital moden dalam muzik video ini.

‘Bunga’ yang dijangka akan berkumandang tanpa henti di serata Malaysia ini boleh didapati secara digital di iTunes dan semua aplikasi streaming muzik bersama dengan album terbaru Altimet berjudul ‘Air’ mulai 30 Mac 2018.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.altimet.com.my.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments