Episod Kedua Nur Sajat Rated Xtra di Tonton

Nur Sajat Rated Xtra
Program Nur Sajat Rated Xtra yang dibawakan oleh platform OTT ulung di Malaysia, tonton telah pun bersiaran semenjak 28 Februari yang lalu.

Bagi yang mengikuti perkembangan Nur Sajat tentu sekali mengetahui tentang program yang merangkumi 30 episod ini menonjolkan sudut berbeza dan mendalami kehidupan Nur Sajat secara lebih peribadi yang tentu sekali dinanti oleh para peminat.

BACA : Nur Sajat Rated Xtra – Menyelongkar Realiti Kehidupan Gadis Viral




Terkini, episod kedua Vlog yang berkonsepkan rakaman realiti ini, ke udara pada hari ini 30 Mac 2018 bermula jam 12 tengah hari. Apa yang menarik pada episod kali ini? Pelbagai kejutan diterima Nur S jat; siapakah gerangan pemuda yang menghadiahkan ‘sesuatu yang cukup istemewa’ buat Nur Sajat?

Setiap Vlog yang berdurasi 7 hingga ke 11 minit ini juga memperlihatkan sambutan hari lahir Nur Sajat yang telah diadakan di wisma beliau bersama rombongan anak-anak tahfiz juga turut dihadiri rakan selebriti Dato’ Aliff Syukri serta Fasha Sandha pada episod kali ini.

Wisma yang dibina hasil titik peluh Nur Sajat sendiri kini telah pun beroperasi dan diserikan lagi dengan kemeriahan sambutan hari lahir beliau dibawakan secara eksklusif hanya di tonton.

Pihak tonton melancarkan kempen eksklusif untuk waktu terhad, khas bagi peminat Nur Sajat dengan potongan langganan tahunan 50% untuk tonton VIP bagi pengguna baharu di Malaysia. Gunakan kod promo NURSAJAT di www.tonton.com.my bermula 15 sehingga 30 April 2018.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments