ERA Cari Bakat Nyanyian Menerusi ‘Cover Star ERA’

Cover Star ERA
‘Cover Star ERA’ akan bermula 2 April 2018 secara eksklusif di laman media sosial, dan para peserta akan bertanding antara satu sama lain untuk mempersembahkan lagu cover terbaik.

Peserta perlu memilih lagu dari senarai lagu-lagu yang disediakan dan mempersembahkan lagu cover mereka bersama alat-alat muzik pilihan mereka.

Peserta ‘Cover Star ERA’ yang berjaya ke pusingan seterusnya bakal berlatih dengan artis-artis terkemuka dalam industri yang akan berkhidmat sebagai juri, sebelum ke pusingan akhir untuk merebut
gelaran juara ‘Cover Star ERA’.




Pertandingan ini turut menguji tahap kreativiti para peserta. Suara yang merdu tidak memastikan kemenangan jika peserta tidak menyuntikkan citarasa unik mereka. Oleh itu, peserta haruslah mempertingkatkan kebolehan dan serlahkan originaliti mereka.

Pendaftaran penyertaan bermula dari 2 April 2018 sehingga 13 April 2018. Video berdurasi satu minit perlu dimuatnaik ke laman sosial Instagram dengan menggunakan hashtag #CoverStarERA.

Peserta juga harus memastikan bahawa laman sosial Instagram mereka diubah kepada umum (public) bagi
membolehkan penyertaan mereka ditonton oleh para juri. Penyertaan terbuka kepada semua warga
Malaysia.

ERA turut mengumumkan mengenai dua lagi kempen terbaharunya, ‘Lagu ERA Boomerang’ dan ‘Tiru Suara ERA’, yang mana masing-masing akan berlangsung sepanjang bulan Mac dan April ini.

Untuk matlumat lanjut tentang kempen-kempen ERA, layari www.era.je atau ikuti laman media sosial
ERA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments