Kiut Julang Trofi ‘Juara Gegar Lawak’

Kiut Juara Gegar Lawak 2018
Persembahan lawak yang konsisten pada setiap minggu melayakkan kumpulan trio Kiut, untuk dinobatkan sebagai juara Gegar Lawak sekaligus membawa pulang wang kemenangan berjumlah RM 50,000.00 beserta trofi.

Kemenangan mereka diumumkan oleh pengacara program, Fad dan Kamal Adli, secara langsung dari Studio Sound Stage Finas, pada Jumaat malam yang lalu.

Dalam persembahan yang bertemakan ‘bebas’, Kiut memilih untuk mengetengahkan kisah lucu mengenai suami yang takutkan isteri manakala bagi persembahan yang bertemakan ‘muzikal’ pula, mereka mengangkat kisah hulubalang istana bersama si raja sambil menyelitkan mesej mengenai masalah sosial dengan kreatif.




Finalis Gegar Lawak 2018

BACA : 5 Finalis Gegar Lawak 2018

Naib juara, Eyya yang merupakan satu-satunya finalis wanita berjaya membawa pulang RM25,000.00 beserta trofi.

Dalam persembahan pertama, Eyya membawakan watak seorang penyanyi rock wanita bernama Aweena, dan di persembahan kedua pula beliau bertukar menjadi pembaca berita yang mengupas pelbagai topik terkini.

Tempat ketiga dirangkul oleh kumpulan Abata dan kumpulan trio ini memenangi wang tunai sebanyak RM 15,000.000 beserta trofi. Kumpulan ini menyelitkan unsur silap mata dalam persembahan ‘bebas’ mereka dan mendendangkan lagu-lagu hit masa kini sambil diselitkan dengan unsur-unsur lawak bagi persembahan ‘muzikal’.

Tempat keempat pula diraih oleh peserta solo dari Terengganu, Padil dan beliau membawa pulang wang kemenangan berjumlah RM 10,000.00 berserta trofi dan pemenang tempat kelima pula disandang oleh kumpulan duo, 2B, dengan wang tunai berjumlah RM 5,000.00 berserta trofi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments