Konsert Gema Gegar Vaganza Musim Kedua

Konsert Gema Gegar Vaganza Musim Kedua
Setelah mencetuskan fenomena gema baharu dalam industri hiburan tanah air pada tahun lalu, Gema Gegar Vaganza (GGV) kembali untuk musim kedua dan bakal membuka tirainya pada Sabtu ini, secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.

Bertemakan ‘Gema Irama Terkenang’ kesemua 11 peserta musim ini iaitu Brothers, Devotees, InTeam, Mestica, Rabithah, Heliza & Hazwani (pasangan duo), Adeep Nahar, Awi Rafael, Farah Asyikin, Fitri Haris dan Ippo Hafiz bakal mendendangkan lagu hit mereka sendiri yang telah memperkenalkan nama mereka kepada peminat industri muzik tempatan.

Farihin Abdul Fattah serta Oki Setiana Dewi pula terus menduduki kerusi juri tetap dan mereka akan bersama seorang juri jemputan dalam mengadili dan memberi komen persembahan setiap peserta.

Pastinya debaran GGV turut dirasai oleh muka baharu dalam musim ini iaitu Fakhrul UNIC yang akan bergandingan bersama Siti Nordiana dan Fikry Ibrahim selaku pengacara program.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments