Konsert Hora Horey Didi & Friends Catat Rekod Pecah Panggung

Konsert Hora Horey Didi & Friends
‘Konsert Hora Horey Didi & Friends’, konsert animasi pertama di layar perak hari ini melakar sejarah apabila berjaya mencatatkan rekod pecah panggung selepas 10 hari ditayangkan di pawagam-pawagam terpilih seluruh negara.

Dengan kutipan melebihi RM1.4 juta, ‘Konsert Hora Horey Didi & Friends’ disenaraikan sebagai salah sebuah filem di bawah kategori ‘Top 5’ paling laris semasa dua hari pertama penayangan, sebaris dengan filem-filem ‘box office’ lain seperti ‘Tomb Raider’, ‘KL Special Force’, ‘Black Panther’ dan ‘A Wrinkle in Time’.

Terdahulu, ‘Konsert Hora Horey Didi & Friends’ membuka tirai pada 10 Mac lalu dengan 34 buah pawagam TGV Cinemas di seluruh negara, termasuk di The Mall, Brunei.

Minggu kedua penayangan ‘Konsert Hora Horey Didi & Friends’ menyaksikan pertambahan 27 lagi pawagam termasuk GSC, MM Cineplex dan MM2, menjadikannya sebanyak 61 buah pawagam di seluruh Malaysia dan Brunei.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai ‘Konsert Hora Horey Didi & Friends’, sila layari www.facebook.com/didiandfriends

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments