Nur Sajat Rated Xtra – Menyelongkar Realiti Kehidupan Gadis Viral

Nur Sajat Rated Xtra
Tonton telah melancarkan siri original baharu, vlog yang berkonsepkan rakaman realiti, Nur Sajat Rated Xtra, sebuah kisah eksklusif kehidupan peribadi gadis selebriti viral di media sosial.

Siri realiti 30 episod ini mula bersiaran semenjak 28 Februari 2018 lalu dan mendapat tempat di hati penonton selain berjaya menarik pelanggan VIP baharu di platform penstriman popular Malaysia, tonton.

Ketahui perjalanan sensasi empayar selebriti media sosial di sebalik kehidupan harian sebagai seorang usahawan ternama, ikon fesyen malah ibu kepada dua anaknya menerusi episod vlog 7 minit.




Nur Sajat Rated Xtra PosterNur Sajat Rated Xtra menampilkan sisi peribadi Nur Sajat sebagai gadis usahawan muda yang berhadapan dengan cabaran harian, selain berkongsi tips sukses niaga.

Selusuri momen awal pembabitannya dalam dunia perniagaan sehingga berjaya membina empayar jenamanya sendiri secara eksklusif di aplikasi iOS dan Android tonton, atau di www.tonton.com.my

Merancakkan lagi penampilan ulung program realiti Nur Sajat, penonton dan peminat layak menikmati potongan langganan tahunan 50% untuk tonton VIP bagi pengguna baharu di Malaysia selain peluang bertemu gadis sensasi media sosial ini di Majlis Berbuka Puasa tonton yang akan dianjurkan akhir Mei kelak menerusi penyertaan dalam talian.

Bermula 1 sehingga 15 April 2018, sertai peraduan khas di www.xtra.com.my untuk memenangi jemputan istimewa ke Majlis Berbuka Puasa tonton bersama Nur Sajat. Daftar sebagai tonton VIP, jawab soalan berkenaan Nur Sajat berdasarkan siri vlog dan berpeluang menyertai pengalaman makan malam istimewa bersama Nur Sajat!

Guna kod promo NURSAJAT di www.tonton.com.my bermula 1 sehingga 15 April 2018 dan nikmati potongan langganan tahunan tonton VIP sehingga 50%.

Bicara Bro : Sewaktu majlis sidang media Nur Sajat Rated Xtra, turut diadakan pelancaran single pertama Nur Sajat, “Makhluk Penggoda”, hasil sentuhan komposer Aepul Roza manakala lirik oleh Aepul Roza dan Iman Imran, meletakkan pencapaian terkini beliau dalam arena muzik tanah air.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments