Selamat Tinggal Masa – Single Terbaru Syamsul Yusof & Black Hanifah

Selamat Tinggal Masa - Syamsul Yusof Black Hanifah
Gandingan pelakon antagonis filem KL Special Force, Syamsul Yusof dan penyanyi bersuara tinggi, Black Hanifah telah bergabung dalam ‘Selamat Tinggal Masa’ yang dilancarkan pada 8 Mac 2018.

Berbeza dari sebelum ini, Syamsul lebih banyak bekerjasama dengan Mawi dalam sesebuah lagu. Idea untuk kolaborasi antara Syamsul dan Black telah dirancang sejak awal tahun 2017 dan telah terlaksana melalui Selamat Tinggal Masa.

Lagu ciptaan sendiri oleh Syamsul Yusof ini turut mendapat sentuhan lirik dari sepupunya Dr. Anwar Fazal yang turut menulis bagi lagu-lagu hits Kalah Dalam Menang, Senorita dan Bukan Propaganda.

Sudah mulai trending di laman YouTube sejak 5 hari lalu, kekuatan lagu ini yang sarat dengan mesej positif menjadi antara faktor ia diterima ramai.

Pelayar turut memberikan komen positif tentang lagu dan kolaborasi baru ini.

Selamat Tinggal Masa terbitan & edaran Monkey Bone ini sudah boleh dilayari di YouTube dengan jumlah tontonan mencecah 500,000. Juga terdapat di platform digital seperti Spotify, iTunes, Apple Music, KKBox, Joox, Raku, Younder dan Deezer

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments