Drama Romantik Komedi “Semanis Madu Sepahit Hempedu” di Tonton

Semanis Madu Sepahit Hempedu
Tidak semua perkahwinan tidak bergolak , begitu juga dengan drama romantik komedi terbaru “Cinta Lemon Madu” yang bakal ditayangkan lebih awal di tonton.

Drama ini adalah hasil karya Hashim Rejab menjanjikan sesuatu yang berlainan bagi pengikut setia slot Lestary.

Menampilkan barisan bintang antaranya Ruhainies sebagai Haida dan Aidil Aziz sebagai Firash; selain turut disertai oleh Riena Diana sebagai Aisyah; drama komedi ini mampu membuatkan anda diulit perasaan dengan pelbagai aksi komedi romantis mereka.

Jika Segitiga Bermuda menyimpan sejuta rahsia yang tidak mampu dirungkai oleh para pengkaji, drama ‘Cinta Lemon Madu’ pula mungkin merungkaikan teka-teki yang akan meninggalkan tanda tanya kepada penonton.

Dapatkah penonton meneka setiap plot pengakhiran drama bersiri ini? Sama-sama kita ikuti drama ini dan nantikan pengakhiran cerita yang cukup dramatik disulami debaran.




Cinta Lemon Madu memaparkan kehidupan Firash yang membesar bersama dengan isterinya Haida
semenjak kecil lagi.

Persahabatan yang erat diantara mereka yang membawa mereka ke jinjang pelamin, direstui oleh semua pihak. Namun percintaan mereka goyah dengan sikap Haida yang tidak bertanggungjawab dalam menggalas tugas sebagai seorang isteri.

Lebih perit, apabila Firash telah berkahwin secara senyap dengan persetujuaan ayahnya, Hj Kamsan yang juga mempunyai dua isteri. Aisyah memilih untuk bercinta dengan Firash selepas bernikah membuatkan perjalanan cinta cerita mereka lebih romantis yang bakal menggamit perasaan penonton.

Drama komedi romantik baharu, Cinta Lemon Madu disiarkan eksklusif di tonton mulai 14 Mac ini dalam format definisi tinggi (HD), pasti membuatkan penonton dibuai perasaan romantis pabila melihat kemesraan pasangan Firash dan Aisyah dalam melayari bahtera perkahwinan mereka.

Nantikan debaran menerusi tontonan kesemua 13 episod drama komedi ini lebih awal dari tanyangan TV, menerusi slot saluran di tonton ‘First’.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments