Siri Adiwira Marvel ‘’Cloak & Dagger’’ Eksklusif di Tonton

Marvel’s Cloak & Dagger
Penampilan ulung siri adiwira Marvel di Malaysia secara eksklusif di tonton, siaran seawal 24 jam selepas tayangan perdana di Amerika Syarikat.

Apa yang terjadi jika cahaya dan kegelapan bergabung? Adakah magis sentuhan mampu menyelamatkan dunia? Apakah yang anda mampu lakukan apabila mengetahui nasib dunia kini di kawalan tangan yang salah?

Platform penstriman nombor satu Malaysia, tonton membawakan siri adiwira baharu dari komik Marvel “Cloak & Dagger”, merancakkan lagi capaian koleksi siri TV Marvel.

Selepas kejayaan siri Runaways dan Inhumans yang disiarkan tahun lalu, lebih 8 juta pengguna tonton kini berpeluang menonton siri Marvel Cloak & Dagger secara eksklusif di tonton, menerusi siaran perdana selama 2 jam bermula 9 malam, 8 Jun 2018; seawal 24 jam selepas tayangan perdana di Amerika Syarikat.




Siri komik Marvel “Cloak & Dagger” ini mengisahkan dua remaja, Tandy Bowen (Olivia Holt) dan Tyrone Johnson (Aubrey Joseph) yang menemui kuasa mereka secara tidak sengaja, dan saling berkaitan antara satu sama lain.

Mempunyai latar-belakang kehidupan yang berbeza, Tandy adalah gadis istimewa yang hidup merempat di pinggir bandar selepas rumahnya musnah dilanda taufan Katrina.

Manakala Tyron yang berasal dari keluarga berada mulai jatuh cinta kepada Tandy dan adalah menjadi tugas mereka untuk menyelamatkan dunia menggunakan kuasa yang telah dianugerahkan.

Sebuah karya oleh Joe Pokaski yang berlatar-belakangkan kota budaya New Orleans, siri ini menampilkan tema persahabatan, pengorbanan dan keberanian, menjadikan kandungannya ideal dan segar buat tontonan golongan muda.

Adakah Tandy dan Tyrone mampu berhadapan dengan kehilangan dan ketakutan melalui kuasa mereka? Adakah pasangan ini sanggup mengorbankan nyawa sendiri demi menyelamatkan dunia?

Saksikan pengakhiran siri Marvel Cloak & Dagger selama 10 episod secara eksklusif di www.tonton.com.my pada setiap Jumaat, 9.00 malam bermula 8 Jun 2018.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments