Bakal Finalis Super Spontan Xtravaganza

Minggu Separuh Akhir Super Spontan Xtravaganza
Minggu suku akhir yang lalu menyaksikan kumpulan Sotong Kangkung bermain dengan begitu baik sekali sehingga menenggelamkan prestasi kumpulan Lobster Leleh.

Meskipun harus bermain tanpa kehadiran salah seorang ahli kumpulannya, Joey, Sotong Kangkung tetap berjaya menguasai gelanggang sedari awal permainan lagi.

Memetik komen daripada juri, Datuk Afdlin Shauki, beliau berpendapat secara keseluruhannya permainan spontan daripada Sotong Kangkung lebih kemas dan kesalahan yang dilakukan oleh kumpulan tersebut sangat minima. Faktor ini menyaksikan mereka lebih menyerlah berbanding pihak lawan dan hal tersebut terbukti benar apabila peratusan pemarkahan akhir memihak kepada Sotong Kangkung dengan markah sebanyak 52%.

Entah di mana silapnya, persembahan permainan spontan Lobster Leleh pada minggu suku akhir kurang menyengat.

Meskipun dibarisi oleh barisan pelawak yang cukup berpengalaman di pentas Super Spontan iaitu Abam, Fad, Mamak dan Tauke, ternyata ia bukan satu kelebihan buat kumpulan ini. Maka dengan itu, mereka sepakat untuk menyingkirkan Tauke daripada gelanggang Super Spontan Xtravaganza.

Dengan penyingkiran tersebut, kini lapan pemain yang juga merupakan bakal finalis Super Spontan Xtravaganza terdiri daripada Achey, Izzue Islam, Atu, Shahrol, Joey, Abam, Fad dan Mamak.

Siapakah diantara mereka yang berjaya melangkah ke gelanggang akhir? Pastinya, gelanggang Super Spontan pada minggu ini sangat sengit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments