Didi & Friends Anjur ‘Karnival 1 Bilion Didi & Friends’ di Quill City Mall

Karnival 1 Bilion Didi & Friends
Digital Durian dengan kerjasama Astro mengadakan sebuah karnival terbesar Didi & Friends iaitu ‘Karnival 1 Bilion Didi & Friends’, bertempat di Quill City Mall, Kuala Lumpur selama empat hari berturut-turut bermula pada 14 hingga 17 September 2018.

Pelbagai aktiviti serta pertandingan menarik dan menyeronokkan yang sesuai buat seisi keluarga telah diatur buat pengunjung karnival. Antaranya aktiviti ‘Karaoke Bersama Didi’, ‘Manicure Bersama Nana’, ‘Bina Bongkah Bersama Jojo’, ‘Petik Buah Di Ladang Pak Atan’, ‘Menari Dan Menyanyi Di Musikal Didi & Friends’, ‘Meet And Greet Didi & Friends’, pertandingan ‘Kostum Didi & Friends’, ‘Hias Kek Bersama Didi & Friends’ dan banyak lagi.

Berita baik buat kanak-kanak, Karnival 1 Bilion Didi & Friends turut menawarkan 100 tunggangan maskot Didi & Friends (Zoomoov) secara percuma selama empat hari karnival berlansung.

Bukan itu sahaja, pengunjung karnival ini khususnya peminat barangan Didi & Friends berpeluang menikmati potongan harga bagi barangan Didi & Friends menerusi promosi ‘Happy Hour’ yang menawarkan sehingga 30% diskaun untuk barangan terpilih.

Selain itu, sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September 2018, terdapat ‘Online Nationwide Sales Campaign’ yang menawarkan promosi istimewa sehingga 20% diskaun untuk barangan Didi & Friends yang terpilih di platform membeli belah atas talian iaitu Shopee, Lazada, 11 Street, Go Shop dan Toyworld Marketing Online.

Jangan lupa temu janji anda bersama Didi, Nana dan Jojo di ‘Karnival 1 Bilion Didi & Friends’ pada 14 hingga 17 September ini bertempat di Quill City Mall, Kuala Lumpur.

Jumpa anda di sana!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments