Temui Ejen Ali di Rempah 2018 & BookXcess @ Dataran Tamarind, Cyberjaya

Ejen Ali BookXcess
Sertai warna warni Malaysia bersama warga Media Prima dalam menyambut Hari Malaysia pada 16 September 2018 ini di Rempah 2018 dan BookXcess!

Ejen Ali, watak animasi kegemaran kanak-kanak Malaysia yang juga akan membuat penampilan khas untuk menghiburkan orang ramai semasa acara ini berlangsung!

Bagi anak-anak kecil yang meminati Ejen Ali, tentu sekali tahu akan tarian di dalam cerita animasi ini. Bawa anak-anak anda menari dan berhibur bersama Ejen Ali, watak animasi kegemaran anak-anak Malaysia yang akan membuat penampilan istimewa, khas untuk para pengunjung di Rempah 2018!

Watak Ejen Ali yang comel ini juga akan berinteraksi dengan anak-anak anda sepanjang hari di bookXcess pada hari yang sama 16 September 2018 ini, di Dataran Tamarind, Cyberjaya.

Rempah akan berlansung pada 16 September 2018, di Tamarind Square, Cyberjaya. Pesta seni yang menjanjikan suatu pengalaman baru buat penggemar seni, 12 jam tanpa henti bermula dari 9.16 pagi sehingga 9.16 malam.

Ejen Ali di BookXcess Penuhi aktiviti cuti sekolah ini bersama dengan anak-anak anda di Rempah 2018 dalam menyertai Ejen Ali di BookXcess.

Pelbagai aktiviti turut disediakan khas buat untuk anak-anak cilik ini dalam menterjemahkan bakat kreatif mereka di BookXcess ini.

Bawa pensil warna anda sendiri untuk turut serta di dalam pertandingan mewarna khas pada Hari Malaysia, Ahad, 16 September dan berpeluang memenangi barangan khas yang disediakan!

Acara BookXcess ini bermula pada 1 Ogos 2018 sehingga 16 September 2018 di Dataran Tamarind, Cyberjaya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments