Hans Isaac Bertarung Dalam Celebrity Car Wars Musim Ke-3

Celebrity Car Wars Season 3 with Hans Isaac
A+E Networks® Asia mengumumkan musim terbaharu rancangan realiti automotif terbitan asal HISTORY Asia yang pernah memenangi anugerah, Celebrity Car Wars.

Kini memasuki musim ketiga, penonton boleh nantikan lebih banyak lagi aksi perlumbaan yang sengit dan mendebarkan! Dibawakan oleh syarikat yang memenangi anugerah Emmy “active TV” dan ditaja oleh Caltex ini baru sahaja menamatkan penggambarannya di Filipina dan dijangka akan mula ditayangkan pada September 2018.

Musim terbaharu ini akan menyaksikan enam selebriti dari seluruh Asia bersaing untuk muncul sebagai pelumba terbaik.





Masing-masing mempunyai kemahiran, ketangkasan dan perancangan tersendiri untuk menghadapi persaingan sengit di litar lumba. Selebriti-selebriti yang bakal berentap musim ini adalah Munah Bagharib, pelakon dan pelawak dari Singapura; Hans Isaac, pelakon, penerbit dan pengarah dari Malaysia; Diego Loyzaga; pelakon, VJ dan anak kepada pelakon terkenal Teresa Loyzaga; Xian Lim, pelakon, model dan penyanyi berdarah kacukan Amerika-Filipina; Matthew Deane, pelakon, penyanyi, dan model berdarah kacukan Thai-Australia; serta isterinya, Lydia Sarunrat, penyanyi R&B, aktres dan personaliti media sosial dari Thailand.

Hos, Bobby Tonelli dan mentor jemputan yang terdiri daripada pelumba-pelumba kereta profesional, Gaby dela Merced dan Michele Bumgarner, kembali untuk membimbing para selebriti sepanjang lapan minggu.

Penonton akan dapat menyaksikan lebih banyak cabaran-cabaran sengit termasuklah perlumbaan di tempat pembinaan, perlumbaan “drag” di Binalonan Airfield WCC, dan persaingan untuk mengubahsuai kereta.

Atas permintaan ramai, cabaran-cabaran daripada musim terdahulu akan turut ditampilkan. Antaranya, perlumbaan Jeepney, perlumbaan secara terbalik (gostan), dan perlumbaan 4X4 di dalam hutan sepanjang Sungai Sacobia di Pampanga. Tidak dilupakan, dinding batu bata yang juga perlu dihadapi para selebriti.

Bagi menghangatkan lagi persaingan, musim terbaharu Celebrity Car Wars akan turut membawakan pesaing-pesaing daripada musim lepas, Marc Nelson and Phomela Baranda yang akan bertanding dalam perlumbaan “drag”. Selebriti Dominic Lau pula akan membuat kemunculan istimewa dan menjadi juri jemputan dalam cabaran bola sepak-kereta.

Buat pertama kalinya, siri musim ini akan turut memperkenalkan papan markah secara langsung yang membolehkan peserta melihat markah masing-masing.

Siapakah yang akan melakar nama di Celebrity Car Wars Hall of Fame dan tersenarai di samping juara- juara terdahulu, KC Montero dan Dominic Lau? Siapa pula yang akan kecundang di tengah jalan?

Musim Ketiga Celebrity Car Wars akan mula ditayangkan pada 9 September di HISTORY Asia (Saluran ASTRO 555 dan 575 HD), setiap Ahad pukul 9.55 malam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments