Pentas Akhir Program Realiti Televisyen Pendakwah Muslimah

Pentas Akhir Program Realiti Pendakwah Muslimah - TV AlHijrah
Program Realiti Televisyen Pendakwah Muslimah musim ini hampir ke pengunjungnya bila 6 finalis layak ke peringkat akhir pada 22 September 2018.

Ia menyasarkan misi mencari pendakwah terbaik di kalangan wanita dan mengubah fikiran konservatif sesetengah masyarakat mengenai peranan wanita dalam pembangunan Islam.

17 peserta telah disenarai pendek dan layak untuk mengikuti modul latihan peringkat pertama yang berlangsung bermula 2 september 2018 hingga 8 september 2018.




Menerusi modul permulan ini para peserta akan dilatih dengan asas-asas dakwah seperti bengkel pengucapan dan penulisan, pembentukan sahsiah dan peribadi, ilmu dan amalan berdakwah serta beberapa modul lain.

Namun begitu, hanya enam orang peserta terbaik sahaja akan dipilih untuk mengikuti modul perigkat kedua seterusnya berentap untuk dinobatkan sebagai juara Pendakwah Muslimah.

Berikut adalah enam finalis yang layak ke peringkat akhir;

  1. Erny Masnita Binti Baharun
  2. Nurul Amirah Binti Mohd Azmi
  3. Nora Mazwin Binti Abdul Sammad
  4. Noor Hidayah Binti Adzman
  5. Raudhatul Jannah Binti Mohd Rozli
  6. Azizah Binti Ahmad

Kesemua finalis ini merupakan antara mereka yang terbaik , mampu dan berupaya menyampaikan dakwah secara lisan atau tulisan dan mempunyai daya ketahanan fizikal dan mental yang kuat.

Para finalis ini mendapat bimbingan Prof. Madya Dr. Mohd Nor Bin Mamat, Ustazah Siti Fatahiyah Binti Mahamood dan Ustazah Zawiah Hassan.

Pendakwah Muslimah adalah sebuah program jalinan kerjasama di antara TV AlHijrah dan Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Institut Latihan dan Dakwah Selangor (ILDAS) serta (ILDAS), Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Jangan lupa untuk sama-sama mengikuti Siaran Langsung Pentas Akhir Pendakwah Muslimah akan disiarkan secara langsung dari AlHijrah Big Studio Cyberjaya (ABS) pada 22 September 2018, jam 9 malam hingga 11 malam.

Pentas Akhir ini akan dihoskan oleh Saudara Syamsul Debat dan Farah Diana Anuar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments