Juri Tetap Maharaja Lawak Mega 2018

Juri Tetap Maharaja Lawak Mega 2018
Arena sarkas Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM 2018) telah dibuka secara rasminya dan segala teka teki mengenai pemilik kerusi panas juri telah terjawab.

Untuk musim ini, Douglas Lim akan memikul tanggungjawab selaku Ketua Juri dan beliau akan dibantu oleh Tya Arifin, Remy Ishak dan Scha Alyahya selama 12 minggu MLM 2018 bersiaran.

Kesemua peserta mempamerkan persembahan lawak yang cukup matang dimana rata-ratanya jelas menyelitkan mesej positif, dan mendapat pujian daripada juri serta tepukan gemuruh daripada penonton.

Dalam pada itu, Douglas Lim selaku Ketua Juri banyak menekankan mengenai teknik dalam persembahan lawak yang harus diberi perhatian oleh kebanyakkan peserta. Namun, beberapa peserta seperti kumpulan Shiro, Taman dan Masin berjaya mendapat rating penuh (5 Ha) daripada barisan juri.

Carta undian memperlihatkan kumpulan 2B berada di kedudukan terendah tetapi nasib menyebelahi mereka apabila tiada penyingkiran pada minggu pertama. Justeru itu, kesemua peserta akan kembali pada minggu ke-2 dengan persembahan lawak bertemakan “Bebas”.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments