KidZania dan KRU Bekerjasama Cipta Animasi Melalui Studio Animasi KRU

KidZania dan KRU Bekerjasama Cipta Animasi Melalui Studio Animasi KRU

KidZania Kuala Lumpur, sebuah pusat pembelajaran dan hiburan tertutup kini memperkenalkan satu tarikan baharu kepada para pengunjung – sebuah studio animasi!

Pembangunan terbaru ini direalisasikan dengan jalinan kerjasama di antara KidZania Kuala Lumpur dan Kumpulan Syarikat KRU, salah satu peneraju dalam bidang media dan hiburan di Malaysia.

Melaungkan falsafah ‘Pelajari Kehidupan Hari Ini’ (Learn Life Today), Studio Animasi KRU yang baharu di KidZania Kuala Lumpur akan menggalakkan pendedahan awal dan pembelajaran animasi di kalangan kanak-kanak serta memperkasakan mereka dengan kemahiran baharu untuk masa hadapan.





KIdZania KRU

Dalam majlis pengumuman kerjasama baru-baru ini, KidZania Kuala Lumpur diwakili oleh Datuk Bandar KidZania, Shahrul Nizar Ahmad manakala Kumpulan Syarikat KRU diwakili oleh Presiden dan CEO KRU Entertainment, YBhg. Dato’ Norman Abdul Halim. Acara tersebut turut disaksikan oleh Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), YBhg. Dato’ Hans Isaac dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), YBrs. Tuan Ahmad Idham Ahmad Nadzri.

Dengan pembukaan Studio Animasi KRU, kanak-kanak berpeluang untuk mempelajari proses penghasilan animasi daripada mula sehingga akhir.

Antara aktiviti-aktiviti yang ditampilkan adalah penyediaan jalan cerita (storyline) dan papan cerita (storyboard), penciptaan dan pembangunan watak, dan penghasilan suara latar (voice over) bagi watak-watak yang telah dicipta.

Bagi kanak-kanak yang berminat untuk mempelajari animasi dengan lebih mendalam, Kumpulan Syarikat KRU menawarkan program AfterClass oleh Akedemi KRU yang menyasarkan kakak-kanak pra-sekolah dan pelajar tahap permulaan serta tahap lanjutan sekolah rendah.

Program AfterClass bertujuan untuk meningkatkan kesedaran, memupuk minat dan membangunkan bakat dalam bidang seni dan produksi animasi dengan memberikan asas yang teguh untuk kreativiti dan apresiasi seni. Para peserta akan diberikan peluang yang luas untuk mengemukakan idea, imaginasi, emosi, pemerhatian dan pengalaman dalam proses pembelajaran mereka, dan seterusnya membolehkan mereka mengecapi keriangan ekspresi artistik.

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

Penulis blog hiburan Hye Bro! & gaya hidup sepenuh masa di Broframestone.com dan Social Media Influencer. 10 tahun terlibat dengan dunia hiburan sebagai Media & kini banyak luangkan masa dengan keluarga