Single Terbaru Shila Amzah “TiadaDirimu” Trending di Youtube

Single Terbaru Shila Amzah “TiadaDirimu” Trending di Youtube

Video Muzik Rasmi “TiadaDirimu” Single Melayu Terbaru Shila Amzah Top 20 Trending di Youtube Sebaik Dilacarkan!

Baru dimuatnaik ke YouTube hari Jumaat lalu, video muzik rasmi “Tiada Dirimu”, single Melayu terbaru daripada SHILA AMZAH sudah pun mencatat lebih daripada 200,000 tontonan dan menjadi Top 20 trending di YouTube!

Shila AmzahSelepas lebih 6 tahun, penyanyi Malaysia yang diberi gelaran ‘Asia’s Sweetheart’ selepas menempa nama di negara Cina, Hong Kong dan Taiwan kembali dengan single Melayu terbaru yang lama dinanti-nantikan peminat. Kali terakhir SHILA muncul dengan single Melayu pada tahun 2013 menerusi lagu “Masih Aku Cinta”.

Selain lagu tersebut, SHILA popular dengan lagu-lagu hit, “Patah Seribu” dan “Beribu Sesalan” yang menggandingkan beliau bersama penyanyi-penyanyi hebat, Jaclyn Victor dan Ning Baizura.





Single terbaru, “Tiada Dirimu” merupakan ciptaan gandingan finalis AJL 33, komposer Farouk Roman dan penulis lirik, Amylea. Farouk Roman dan Rudy Nastia turut bertindak sebagai Penerbit lagu ini.

Menariknya, lagu terbaru nyanyian SHILA atau nama sebenarnya NurShahila Amir Amzah itu terpilih menjadi lagu tema utama drama rantaian ‘Cari Aku Di Syurga’ lakonan Aeril Zafrel, Janna Nick dan Mimi Lana yang bersiaran dalam bulan Ramadan setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 10 malam di slot Samarinda, TV3.

Muzik Video Rasmi: Tiada Dirimu | Shila Amzah

Lagu “Tiada Dirimu” terbitan dan edaran syarikat rakaman Seventeen Eleven Music kini boleh didengari di semua pelantar muzik Digital termasuk Spotify, Apple Music, Joox, KK Box, Deezer dan iTunes.

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

Penulis blog hiburan Hye Bro! & gaya hidup sepenuh masa di Broframestone.com dan Social Media Influencer. 10 tahun terlibat dengan dunia hiburan sebagai Media & kini banyak luangkan masa dengan keluarga