Gabungan Black, Abam dan Achey Menjadi Dalam Muzikal Lawak Superstar

Gabungan Black, Abam dan Achey Menjadi Dalam Muzikal Lawak Superstar

Kumpulan ‘BOTAK’ yang dianggotai Black Hanifah, Abam Bocey dan Achey Bocey dinobatkan sebagai ‘Superstar of the Week’ Muzikal Lawak Superstar untuk Minggu Kedua.

Sebagai ganjaran, mereka diberikan peluang untuk untuk menggunakan ‘live prop’.

Namun begitu, persaingan di pentas kedua MLS dilihat cukup sengit apabila barisan juri tetap memberikan ‘5 Star’ kepada banyak kumpulan yang bertanding seperti JBORN, UNI, NEWBOH, VOICES dan LIBRA kerana masing-masing menampilkan persembahan yang cukup hebat dan mendapat sorakan gemuruh dari audiens di dewan utama.

Namun begitu, apa yang membuatkan penonton terkejut adalah apabila bukan satu tetapi dua kumpulan dengan markah terendah, SEP dan BUNGA tersingkir!

Juga dalam ‘Bottom 3’ adalah kumpulan WASAP – namun, sebagai ‘hukuman’ mereka ditugaskan untuk menggunakan lagu ‘Awas’ oleh KRU dalam persembahan mereka minggu ini.

Berita baik bagi 12 lagi kumpulan dalam gelanggang lawak ini kerana impian mereka untuk memenangi wang tunai sebanyak RM150,000 di finale nanti masih ada!

Mungkinkah kumpulan yang sama akan berada di ‘Bottom 3’ juga pada minggu ini? Atau adakah kumpulan ‘Superstar of the Week’ pula akan disingkirkan? Mampukah mereka memenangi hati juri tetap Muzikal Lawak Superstar iaitu Datuk Awie, Altimet dan Nora Danish untuk memberikan mereka ‘5 Star’?

Saksikan secara langsung gelagat peserta-peserta yang menghiburkan serta pelbagai momen yang ‘unpredictable’ ini hanya di ‘Siaran Langsung Muzikal Lawak Superstar’ pada setiap hari Jumaat, 9.00 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124)!

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

Penulis blog hiburan Hye Bro! & gaya hidup sepenuh masa di Broframestone.com dan Social Media Influencer. 10 tahun terlibat dengan dunia hiburan sebagai Media & kini banyak luangkan masa dengan keluarga