Namanzee Harris Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah Yang Baharu

Namanzee Harris Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah Yang Baharu

Namanzee Harris telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah yang baharu berkuatkuasa 1 Julai 2019. Beliau akan melapor kepada Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah TV AlHijrah.

Namanzee memiliki enam belas tahun pengalaman di dalam dunia penyiaran. Jawatan terakhir yang disandang beliau di Astro adalah Ketua Jabatan Strategi Kandungan & Inovasi.

Beliau yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Penyiaran) dari Universiti Putra Malaysia (UPM) mempunyai latar belakang media yang meyakinkan di mana beliau pernah terlibat secara langsung dan menjadi tulang belakang di dalam penerbitan rancangan-rancangan realiti televisyen.

Beliau juga berpengalaman menguruskan saluran berbentuk agama Astro Oasis serta memiliki sijil Darjah Khas dari Sekolah Agama Dato’ Abdullah Esa, Johor Bahru.

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

Penulis blog hiburan Hye Bro! & gaya hidup sepenuh masa di Broframestone.com dan Social Media Influencer. 10 tahun terlibat dengan dunia hiburan sebagai Media & kini banyak luangkan masa dengan keluarga