Konsert Hora Horey LIVE! Didi & Friends

Konsert Hora Horey LIVE! Didi & Friends

Siri animasi kanak-kanak popular, ‘Didi & Friends’ bakal mengadakan ‘Konsert Hora Horey LIVE! Didi & Friends’, yang akan dibawakan secara ekslusif dan interaktif di Quill Convention Center, Kuala Lumpur.

Konsert berdurasi 65 minit itu akan berlangsung selama empat hari berturut-turut bermula dari 15 sehingga 18 Ogos 2019, bersempena dengan cuti persekolahan yang akan bermula pada 10 Ogos ini.





Diangkat sebagai sebuah fenomena hebat di kalangan kanak-kanak, ibu bapa dan guru, ‘Didi & Friends’ adalah produksi bersama Digital Durian dan Astro, dengan lebih daripada 2 juta pengikut dan 1.5 bilion tontonan di YouTube.

‘Didi & Friends’ berjaya memenangi hati peminat menerusi lagu-lagu menarik dan watak-watak comel yang begitu disayangi ramai seperti, ‘Didi’, ‘Nana’, ‘Jojo, ‘Pak Atan’, ‘Bingo’ dan banyak lagi.

“Konsert Hora Horey LIVE! Didi & Friends adalah mimpi yang menjadi kenyataan bagi saya. Misi kami adalah untuk mencipta momen keluarga yang penuh kasih sayang dan bahagia untuk ibu bapa, terutama sekali untuk anak-anak. Ini adalah langkah terbaik untuk membuat ibu bapa dan anak-anak gembira, iaitu dengan membawa para peminat Didi & Friends merasai sendiri pengalaman konsert muzikal interaktif yang cukup hebat!” – Sinan Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Digital Durian

Konsert muzikal interaktif untuk kanak-kanak secara besar-besaran seperti Konsert Hora Horey LIVE! Didi & Friends ini adalah yang pertama dari mereka, dan tidak pernah dianjurkan oleh mana-mana penggiat karakter kartun tempatan yang lain.

Tarikan maskot baharu, persembahan, gimik dan pelbagai momen interaktif sudah pasti akan membuatkan anak-anak dan ibu bapa berasa teruja di sepanjang berlangsungnya persembahan.

Konsert Hora Horey LIVE! Didi & Friends

Sinan Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Digital Durian
Berbeza dari konsert mini dan karnival yang dianjurkan oleh ‘Digital Durian’ sebelum ini, ‘Konsert Hora Horey Live! Didi & Friends’ ini merupakan konsert secara langsung pertama ‘Didi & Friends’ yang mempersembahkan lagu-lagu hit seperti ‘Semut Berkawad’, ‘BINGO’ dan lain-lain yang telah menerima jutaan tontonan melalui saluran YouTube ‘Didi & Friends’, serta lagu-lagu yang telah diberi nafas baharu.

Istimewanya lagi di ‘Konsert Hora Horey Live! Didi & Friends’ ini kelak, ‘Didi & Friends’ akan mempersembahkan ‘Lagu Mandi’ (yang telah mendapat hampir 6 juta tontonan di saluran YouTube Didi & Friends) dalam versi tarian yang dipanggil ‘Lagu Mandi Remix’, serta mencabar orang ramai untuk membuat tarian ‘The Lala Dance’ dan memuat naik video tarian masing-masing di laman sosial media dengan tanda pagar (‘hashtag’) #LaguMandiChallenge dan #TheLalaDance.

Rakaman muzik video Lagu Mandi Remix telah melibatkan barisan personaliti popular seperti Izzue Islam, Syatilla Melvin, Aqil Nahar dan Ara Aziz dan ia boleh ditonton di YouTube Didi & Friends.

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

Penulis blog hiburan Hye Bro! & gaya hidup sepenuh masa di Broframestone.com dan Social Media Influencer. 10 tahun terlibat dengan dunia hiburan sebagai Media & kini banyak luangkan masa dengan keluarga