Titans Terbaik Dalam Muzikal Lawak Superstar Minggu Pertama

Titans Terbaik Dalam Muzikal Lawak Superstar Minggu Pertama

Kumpulan ‘TITANS’ yang dianggotai Issey, Ammar dan Ain Endruce dinobatkan sebagai Kumpulan Terbaik Muzikal Lawak Superstar untuk Minggu Pertama.

Muzikal Lawak Superstar, mengandingkan 42 peserta dalam 14 kumpulan yang tediri daripada barisan pelawak bersama artis-artis dari pelbagai cabang industri hiburan seperti pelakon, penyanyi dan personaliti popular.

Mereka buat julung kalinya akan bergabung dan muncul dalam berkumpulan (3 orang) dan berentap sesama sendiri bagi merebut gelaran juara mingguan. Menarik lagi, tema/lokasi pada minggu ini adalah ‘Sekolah’.

Minggu pertama di Muzikal Lawak Superstar yang penuh dengan gelak ketawa menyaksikan kumpulan TITANS (Ain Edruce, Issey dan Ammar) meraih takhta sebagai juara mingguan!

Sebagai hadiah, mereka diberikan peluang untuk memilih giliran persembahan mereka pada minggu ini.

Impian kumpulan SEP, BUNGA dan WASAP untuk memenangi wang tunai sebanyak RM150,000 di finale nanti hampir melayang apabila mereka disenaraikan sebagai ‘Bottom 3’ pada minggu pertama. Walau bagaimanapun, tiada penyingkiran berlaku.

Phew, selamat! Mungkinkah kumpulan yang sama akan berada di ‘Bottom 3’ juga pada minggu ini?

Ini semua akan direalisasikan secara langsung di ‘Siaran Langsung Muzikal Lawak Superstar’ pada setiap hari Jumaat, 9.00 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124).

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

Penulis blog hiburan Hye Bro! & gaya hidup sepenuh masa di Broframestone.com dan Social Media Influencer. 10 tahun terlibat dengan dunia hiburan sebagai Media & kini banyak luangkan masa dengan keluarga