Azwan Ali Mohon Maaf Atas Ugutan Bunuh Kepada Ummi Hafilda

Azwan Ali Mohon Maaf Atas Ugutan Bunuh Kepada Ummi Hafilda

Beberapa hari lepas, kecoh di laman twitter yang mengatakan Azwan Ali menggugut bunuh adiknya Ummi Hafilda.

Siap keluar Buletin Utama yang Ummi Hafilda buat laporan polis mengenai ugutan bunuh oleh abangnya sendiri melalui twitter.

Di sini bro ingin kongsikan video yang diambil oleh wartawan MyMetroTV mengenai kes ini.

Hye Bro…!!!

Adakah ini publisiti murahan?

Entah, bro pun tak pasti.

Si Azwan Ali memang sejak dua menjak ini agak lantang di twitter dengan kes itu ini. Dan terbaru kes rumah wardina dirompak.

Tak habis dengan mulut lantangnya, twitter pun boleh juga.

Rasanya twitter bukannya satu applikasi yang boleh digunakan sesuka hati. Sampai satu tahap, ianya mampu menjadi bukti jenayah ataupun bukti mahkamah.

Note
: Bro dapat khabaran yang menyatakan twitter Azwan Ali telah dihack.

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

Penulis blog hiburan Hye Bro! & gaya hidup sepenuh masa di Broframestone.com dan Social Media Influencer. 10 tahun terlibat dengan dunia hiburan sebagai Media & kini banyak luangkan masa dengan keluarga