Tahniah dari bro kepada Ezani yang telah berjaya menjadi MasterChef Malaysia yang pertama.
Memang sengit saingan peringkat akhir diantara doktor gigi dengan tukang kebun, Wahidan.
Bro yang duduk depan tv bersama peserta-peserta rancangan MasterChef pun terasa bahang pertandingan walaupun ianya hanya rakaman.
Terima kasih bro ucapkan kepada pihak Astro kerana sudi menjemput bro ke Majlis Santapan Penamat MasterChef Malaysia yang berlangsung di Tapis Rounge, Red Carpet Avenue, Encorp Strand, Kota Damansara malam tadi.
U rasa, apa yang Ezani akan lakukan dengan RM100,000 yang beliau menangi?
He..23x Rasanya, beliau nak gunakan duit itu pinang bro kot? Aci tak jawapan ini.
Ezani ada bagitau bro malam tadi, bahawa duit RM100,000 yang beliau menangi akan digunakan sebaik mungkin. Buat masa sekarang beliau tidak mahu mendedahkannya.
Tetapi, akan ada “something” yang akan dia lakukan. Dia suruh kita tunggu..!!!
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments
1 Comments
Comments are closed.