Datuk AC Mizal Tak Layak Jadi Duta Perlancongan Negeri Perak

Datuk AC Mizal Tak Layak Jadi Duta Perlancongan Negeri Perak

Masih berkisarkan Datuk AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini.

Perlantikan beliau menjadi duta pelancongan sempena Tahun Melawat Perak (TMP) 2012 mencetuskan kontroversi apabila beliau dianggap tidak layak dipilih.

Ini kerana beliau bukan anak jati Perak dan beliau merupakan anak kelahiran Muar, Johor.

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendakwa pelantikan itu tidak munasabah berikutan masih ramai lagi artis anak jati Perak yang layak.

Antaranya penyanyi terkenal Jamal Abdillah, M Daud Kilau, Ahmad Shahir Zawawi (juara Akademi Fantasia musim ketujuh), Mamat Khalid (pengarah filem) serta tokoh kartunis terkenal seperti Datuk Mohammad Nor Khalid (Datuk Lat).

Hye Bro…!!!

Mu rasa siapa yang layak menjadi duta perlancongan Negeri Perak. Kamu kan orang Perak?

Bro rasa terkilan sebab mereka tidak memilih bro. Bro sedar bro murtad Perak (loghat Perak pun gagal).

Bagi bro,

Elok amik Jamal Abdillah walaupun beliau tiada “title” pada namanya. Kalau nak nampak lebih segar, Shahir lebih bagus. Boleh merangkap Duta Belia Negeri Perak.

Malam ini, Jamal Abdillah akan mengadakan konsert di Ipoh.

Bro tak dapat nak turun. Mengharapkan gambar eksklusif dari wakil bro di sana.

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

Penulis blog hiburan Hye Bro! & gaya hidup sepenuh masa di Broframestone.com dan Social Media Influencer. 10 tahun terlibat dengan dunia hiburan sebagai Media & kini banyak luangkan masa dengan keluarga