Disebalik Tabir Filem ‘Bunohan’

Disebalik Tabir Filem ‘Bunohan’

Bunohan

Filem yang bakal mengegarkan pawagam pada 8 mac 2012.

Berbagai anugerah sudah mereka perolehi di peringkat antarabangsa tahun lepas sebelum sempat ditayangkan di negara sendiri.

Biasalah, terpaksa mengikut skema “Wajib Tayang” yang dikeluarkan oleh Finas.

Di sini gambar bro tahun lepas semasa interview orang kuat bagi Filem “Bunohan” ini.

Diantaranya ialah Dain Said selalu penulis dan pengarah filem ini, Pekin Ibrahim dan Amerul Affendi. Soffi Jikan duduk tepi tak nak join bergambar bersama.

Untuk pengetahuan anda,

Filem aksi-drama, ‘Bunohan’ telah dijemput untuk mengadakan tayangan perdananya di benua Eropah bersempena dengan Festival Filem Antarabangsa Rotterdam (IFFR) dari 25 Januari hingga 5 Februari 2012.

Bunohan’ telah mengadakan tayangan perdana antarabangsanya di Festival Filem Antarabangsa Toronto pada bulan September 2011, dan berjaya menggondol Anugerah NETPAC di Festival Filem Antarabangsa Golden Horse Taipei pada bulan Oktober 2011.

Filem ini juga telah ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Palm Springs (5-16 Januari 2012).

Adakah anda teruja untuk menonton filem ini. Nantikan tayangannya di Malaysia bermula 8 Mac 2012.

Jom layan video eksklusif di sebalik tabir filem “Bunohan”

Hye Bro…!!!

Dengar cerita Filem Bunohan tukar poster?

Kalau ikutkan bro sendiri pun tak berkenan dengan poster dan bro direct bagitau kepada Dain Said.

Rasanya poster terbaru lagi ok, dan nampak sesuai diterima oleh semua lapisan masyarakat. Tetapi masih untuk 18 tahun ke atas.

Bro minta sangat, tak banyak adengan di potong. Selamat bro dapat usha beberapa part dalam filem ini tahun lepas

Fuhhhhh….!!!!!

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

Penulis blog hiburan Hye Bro! & gaya hidup sepenuh masa di Broframestone.com dan Social Media Influencer. 10 tahun terlibat dengan dunia hiburan sebagai Media & kini banyak luangkan masa dengan keluarga

One thought on “Disebalik Tabir Filem ‘Bunohan’

Comments are closed.