Drama Maqam di TVAlhijrah

Drama Maqam di TVAlhijrah


Semalam bro berkesempatan hadir ke Booth TVAlhijrah di Karnival Karangkraf 2012.

Di sana, tengah mengadakan promosi drama “Maqam” yang sedang disiarkan di TVAlhijrah – 8.30 malam setiap Selasa, Rabu dan Khamis.

Drama Maqam adalah terbitan Pena Creative Sdn Bhd dan diarahkan oleh Bade Haji Azmi

Drama 12 episod ini menampilkan barisan pelakon seperti Razali Hussain (Ahmad Izhar), Lisdawati (Jannah), Datuk Rahim Razali (Sheikh Hashim), Zed Zaidi (Nik Ahmad Kamal) dan Lydiawati (Ustazah Jalilah)

Jom layan video promo yang sempat bro rakam untuk pembaca blog HyeBro (follow kali di facebook).

Sipnosis drama ini,

Drama Maqam menceritakan Ahmad Izhar, seorang wartawan berpengaruh di ibu kota memikul amanah ayahnya, Haji Hassan yang meminta dia berkelana ke Kedah untuk mencari lokasi makam Syeikh Abdul Samad Al Palembani.

Penemuan lokasi makam itu sangat penting untuk menyiapkan kisah ditulis ayahnya dalam sebuah buku sejak sekian lama. Kembara ke Kedah, menemukan Izhar dengan Sheikh Hashim. Menumpang teduh di pondok Sheikh Hashim, Izhar memulakan pencariannya. Apapun, iras rupa Izhar dan minatnya terhadap Sheikh Abdul Samad Al Palembani mengingatkan Sheikh Hashim pada memori silamnya berkaitan seorang pemuda yang menetap di pondoknya kira-kira 40 tahun lalu.

Memahami niat murni Izhar, ia membuatkan Sheikh Hashim menyuruh isteri keempatnya, Jannah membantu. Jannah yang masih muda jelita, seorang yang bijak dan memiliki ijazah Sarjana Muda di Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Setiap hari, Jannah meluangkan masa membantu Izhar menemui petunjuk dicarinya hingga mereka menjadi rapat.

Tanpa disedari, Izhar juga akhirnya jatuh hati kepada Jannah walaupun mengetahui cintanya itu terlarang. Begitu juga Jannah, turut merasakan perasaan sama. Namun, demi ketaatan pada suaminya, Jannah berusaha menolak perasaan serta mengawal nafsunya daripada godaan Izhar.

Mampukah Jannah menafikan perasaan kasihnya itu? Antara cita-cita dan cinta, apakah yang akan dilakukan Izhar untuk memastikan kedua-dua impian itu menjadi miliknya? Mengapa tiada peluang kedua untuk Izhar membuktikan kasihnya terhadap wanita cantik dan bijak seperti Jannah?

Jom sama-sama kita saksikan.

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

Penulis blog hiburan Hye Bro! & gaya hidup sepenuh masa di Broframestone.com dan Social Media Influencer. 10 tahun terlibat dengan dunia hiburan sebagai Media & kini banyak luangkan masa dengan keluarga

One thought on “Drama Maqam di TVAlhijrah

Comments are closed.