Khairil Izwan Pilus Meninggal Dunia

Khairil Izwan Pilus Meninggal Dunia

Petang semalam, bro mendapat khabaran mengenai kematian penyanyi kita iaitu Izwan Pilus.

Beliau dilaporkan meninggal dunia di Hospital Ampang beberapa jam selepas dimasukkan ke wad.

Punca kematian adalah akibat jangkitan kuman dalam darah dan jangkitan kencing tikus yang serius [sumber mstar]

Jenazah Allahyarham dijangka dibawa pulang ke kampungnya di Jalan Taman Nyalas 2, Taman Nyalas Permai, Jasin, Melaka untuk dikebumikan pada pukul 11 pagi Sabtu.

Hye Bro…!!!

Satu kejutan diatas pemergian beliau, tiada sesiapa yang menyangkanya.

Pemergian beliau merupakan satu peringatan kepada kita. Walaupun kita nampak sihat dan ceria, Allah swt boleh tarik bila-bila masa yang Dia nak.

Gambar terakhir beliau [sumber Muka Depan]

Alhamdulillah,

Beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada petang jumaat. Masa tersebut, hujan turun menyejukan suasana di kawasan kediaman bro.

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

Penulis blog hiburan Hye Bro! & gaya hidup sepenuh masa di Broframestone.com dan Social Media Influencer. 10 tahun terlibat dengan dunia hiburan sebagai Media & kini banyak luangkan masa dengan keluarga