Kisah Hidup Siti Nurhaliza Masuk History Channel

Kisah Hidup Siti Nurhaliza Masuk History Channel

Sebelum ini bro ada dengar mengenai ura-ura mengenai penyanyi wanita paling popular di Malaysia Datuk Siti Nurhaliza Tarudin akan didokumentarikan.

Dan segalanya terjawab apabila dokumentari tersebut akan disiarkan di Astro melalui saluran History malam ini (12 Januari 2012).

Program selama sejam ini disiarkan pada hari lahir Siti yang ke-33.

Ia mengisahkan kejayaan beliau selama 17 tahun berkecimpung dalam dunia seni — bermula dari bawah sebagai penyanyi pada majlis perkahwinan hingga ke puncak kejayaan dan kemudian menceburi bidang perniagaan.

Kejayaan beliau mula berputik selepas memenangi Bintang Hiburan Minggu Ini iaitu pertandingan nyanyian anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada tahun 1995.

Hye Bro…!!!

Sebelum ini, P Ramlee & Sudirman. Sekarang Siti Nurhaliza. Akan datang siapa pula?

Erm…!! Susah juga nak menjawab.

Bro rasa Rosyam Nor kot. Tak pun AC Mizal si tokey gelang.

Bicara Bro : Bro rasa Dokumentari mengenai perjalanan kerjaya adik-beradik KRU lagi bagus. Remaja yang berjiwa besar dan mampu membawa fenomena baru satu masa lalu.

Dan sekarang masih mampu mencipta fenomena mereka sendiri.

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

Penulis blog hiburan Hye Bro! & gaya hidup sepenuh masa di Broframestone.com dan Social Media Influencer. 10 tahun terlibat dengan dunia hiburan sebagai Media & kini banyak luangkan masa dengan keluarga