Assalamualaikum kum kum
Trademark hantu kum kum seperti yang kita ketahui.
Filem Sumpahan Kum Kum telah ditayangkan sejak 26 Januari. Walaupun boleh dikatakan penonton sudah muak dengan lambakan filem bergenre seram yang keluar berturut-turut.
Bagi pihak Metrowealth ianya bukan satu penghalang bagi mereka untuk mengeluarkan filem ini.
Dan untuk pengetahuan anda,
Ini merupakan kali pertama bagi Ismail Bob Hasim mengarah filem diluar kebiasaannya.
Dan hasil sentuhannya masih mampu membuat anda ketawa walaupun kenyataan anda masih lagi diselubungi oleh suasana seram filem ini.
Pada majlis pra-tonton Filem “Sumpahan Kum Kum” baru-baru ini, bro sempat meminta Ismail Bob buat sedikit ucapan jemputan kepada pembaca blog ini untuk menonton filem ini di pawagam + trailer filem ini.
Seram sangat ke filem ini?
Bagi bro, masih boleh dilabelkan 4/5 bintang taraf keseramannya.
Tetapi keseraman ini tidak terlampau sangat sehingga tidak masuk dek akal fikiran yang waras. Setiap babak mendapat nasihat dan tunjuk ajar + pandangan dari ustaz dan mereka yang arif mengenai agama.
Supaya setiap babak yang dimainkan tidak memesong akidah dan kepercayaan masyarakat kita.
Tahniah buat Ismail Bob diatas sentuhannya.
Nantikan filem seterusnya dari beliau iaitu Adnan Sempit 2 (23 Februari) dan Nongkrong (10 mei) tahun ini.
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments