Sudahkah anda menonton filem Azura 2012 yang baru sahaja ditayangkan beberapa hari yang lalu?
Apakah pendapat anda?
Apa pendapat anda mengenai filem azura ini jika dibandingkan dengan filem lagenda iaitu Azura pada tahun 1984 lakonan Jamal Abdillah bersama dengan Fauziah Ahmad Daud (Kak Ogy)?
Atau anda sendiri tidak pernah menonton filem Azura 1984.
Bagi filem Azura 2012, ianya menggandingkan Shahrizal Jaszle dengan Neelofa dan mendapat sentuhan dari Pengarah Aziz M. Osman.
Dari maklumat yang bro terima dari beberapa kenalan bro yang menghadiri pra-tonton filem ini. Mereka menyatakan kekecewaan dengan jalan cerita yang kurang menyerlah berbanding dengan filem Azura 1984.
Mungkin juga mereka meletakan harapan yang terlalu tinggi untuk filem ini.
Biasalah, kami semua dibesarkan dengan filem lagenda azura. Sehinggakan setiap dialog memberi impak kepada kami dan setiap babak kami masih ingati.
Jamal Abdillah dan Fauziah Ahmad Daud mempunyai kekuatan mereka sendiri dalam menghidupkan watak sampai sekarang mereka masih mampu mengingati watak yang pernah mereka lakonkan.
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments