Cinta Kura-Kura Dipawagam Pada 1 Mac 2012

Cinta Kura-Kura Dipawagam Pada 1 Mac 2012

KRU Studio kembali dengan membawa Filem cinta komedi romantik “Cinta Kura-Kura”

Filem ini mengisahkan cinta komedi romantik ini memaparkan kisah Nani (Tiz Zaqyah) yang memiliki seekor kura-kura bernama nico (suara Zizan Raja Lawak) yang boleh bercakap dengan manusia.

Sinopsis:

Cinta Kura-Kura mengisahkan tentang seorang gadis ceria berusia 21 tahun bernama Nani bersama binatang peliharaannya, Nico.

Nico merupakan seekor kura-kura spesis terancam dan ia mempunyai kelebihan luarbiasa iaitu boleh bercakap dengan manusia.

Kisah romantik komedi ini bermula disaat Nani berpindah ke rumah abangnya, Amin. Jiran Nani, Adam telah jatuh hati dengan Nani sejak kali pertama dia memandangnya. Tetapi Nico tidak suka dengan Adam lalu berusaha mensabotaj usaha Adam untuk mendekati Nani.

Dalam masa yang sama, Nico mempunyai calon kegemarannya sendiri iaitu Fadzly, seorang pengurus kedai haiwan untuk berpacaran dengan Nani.

Walaubagaimanapun, Fadzly mempunyai motif jahat untuk mendekati Nani bertujuan untuk menculik Nico dan dijual ke sebuah restoran sebagai makanan eksotik.

Filem cereka berkonsep fantasi romantik komedi ini julung-julung kali menampilkan teknologi CGI bagi animasi watak Nico, disampaikan dalam babak serta dialog lucu sesuai untuk tontonan umum.

Cinta Kura-Kura (Official Trailer)

Filem ini akan ditayangkan dipawagam seluruh negara bermula 1 Mac 2012.

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

Penulis blog hiburan Hye Bro! & gaya hidup sepenuh masa di Broframestone.com dan Social Media Influencer. 10 tahun terlibat dengan dunia hiburan sebagai Media & kini banyak luangkan masa dengan keluarga