Filem Bagus, Tetapi Trailer Amat Mengecewakan

Filem Bagus, Tetapi Trailer Amat Mengecewakan

Baru-baru ini bro mendapat invitation untuk pra-tonton Filem Chantek arahan Pierre Andre yang ke dua dibawah naungan Empat Samudera.

Perkara pertama yang bro lakukan selepas mendapat invitation adalah mencari infomarsi serba sedikit mengenai filem ini.

Sekurang-kurangnya tiadalah bro blur semasa nak interview pelakon dan juga pengarah filem ini.

Bro cuba mendapatkan trailer mengenai filem ini dari laman Youtube.

Apa pendapat anda mengenai trailer ini?

Adakah ianya bosan? tiada pengisian? cerita apakah ini?

Bagi bro, inilah pandangan pertama bro mengenai filem ini. Maka bro tidak meletakkan harapan yang tinggi terhadap filem ini.

Tetapi segalanya berubah diawal 10 minit pertama.

Satu panggung riuh dengan gelak ketawa dan juga bunyi yang mengambarkan keterujaan jelas digambarkan oleh mereka.

Bro dan juga rakan-rakan media yang lain bertepuk tangan dengan buah tangan permulaan cerita ini.

Dan ini bukan satu-satunya hidangan yang disediakan oleh Pierre Andre. Lepas satu per satu dihidangkan membuatkan kami semua teruja.

Walaupun Pierre Andre sendiri merasakan beliau masih mentah dalam dunia perfileman. Tetapi ianya cukup bagus jika anda inginkan komedi segar yang tidak keterlaluan yang mampu menghilangkan stress anda.

Bagi anda, jangan lupa menonton filem Chantek arahan Pierre Andre di pawagam pada 16 Febuari 2012 nanti.

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

Penulis blog hiburan Hye Bro! & gaya hidup sepenuh masa di Broframestone.com dan Social Media Influencer. 10 tahun terlibat dengan dunia hiburan sebagai Media & kini banyak luangkan masa dengan keluarga

One thought on “Filem Bagus, Tetapi Trailer Amat Mengecewakan

Comments are closed.