Jantina Bakal Anak Bienda Dirahsiakan

Jantina Bakal Anak Bienda Dirahsiakan

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Penantian Bienda bakal menimang cahaya matanya pada minggu ini.

Namun begitu, beliau dan suaminya mahu merahsiakan jantina bakal anak mereka sebagai kejutan buat semua pihak termasuk ahli keluarganya.

“Saya memang tidak dapat berkongsi jantina bayi ini walaupun dengan sesiapa pun. Hanya saya dan suami sahaja yang sudah mengetahuinya. Sebelum ini, pernah berlaku pada adik saya di mana jantina bayi yang dilahirkan berbeza daripada apa yang dilihat ketika pemeriksaan dilakukan.”-Bienda


keputusan yang dibuat oleh penyanyi dan pelakon ini adalah berdasarkan pengalaman yang dialami oleh adiknya sendiri kerana takut berasa kecewa apabila jantina bayi yang dilahirkan berbeza dengan jantina yang dikenalpasti

Tanggal 8 Oktober 2010, Bienda atau nama sebenar Nor Razlinda Razli telah berkahwin dengan penerbit program di Primeworks Studios,Kamarul Zariman Abd Rahman.

Beliau menambah sebagai langkah selamat, beliau banyak membeli baju yang berwarna putih dan boleh dipakai untuk kedua-dua jantina bayi.

Apabila bercerita tentang perasaan Bienda yang bakal menimang cahaya mata, beliau terasa debarannya dan dibayangi dengan perasaan yang bercampur baur.

“Apa pun, jika diizinkan saya berharap dapat melahirkan bayi ini secara normal. Saya ingin merasai sendiri kesakitan yang pernah dirasai oleh ibu ketika melahirkan saya dulu,” katanya lagi.

 

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments