Leuniey Putus Tunang Bukan Sebab Apek

Leuniey Putus Tunang Bukan Sebab Apek

Leuniey menafikan Apek menyebabkan pertunangannya putus dan dia turut menganggap berita itu sekadar fitnah untuk memburuk-burukkan nama Apek @ Khairul Fahmi Che Mat.

Semuanya gara-gara individu yang mendakwa Apek menyebabkan pertunangan mereka putus di laman twitter sehingga ia dijadikan bahan bertita di beberapa blog hiburan di Internet (Tak termasuk blog HyeBro!)

Leuniey atau nama sebenarnya, Nur Eilunie Natasha Nazri tampil memberi penjelasan tentang situasi sebenar dimana menurutnya ikatan pertunangan tersebut diputuskan atas sebab masalah peribadi dan bukannya kehadiran orang ketiga.

Penjelasan ini bertujuan menjernihkan keadaan dan membersihkan nama Apek daripada kontroversi berkaitan hal ini.

Leuniey sendiri berasa hairan bagaimana masalah yang dihadapinya dikaitkan dengan Apek sedangkan mereka tidak pernah bercakap, apatah lagi keluar bersama.

Penjelasan ini menafikan khabar angin yang tersebar dan gossip yang mengatakan Apek menjadi punca terputusnya ikatan pertunangan Leuniey dengan anak seorang usahawan batik di negeri Kelantan.

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments

Penulis blog hiburan Hye Bro! & gaya hidup sepenuh masa di Broframestone.com dan Social Media Influencer. 10 tahun terlibat dengan dunia hiburan sebagai Media & kini banyak luangkan masa dengan keluarga