Mawi kini sudah bergelar ayah selepas isterinya, Ekin, selamat melahirkan bayi perempuan pada pukul 4 pagi tadi (selasa).
Ekin telah dimasukkan ke hospital pada pukul 7.30 malam semalam (Isnin).
Bayi sulung mereka yang seberat 2.8 kilogram (kg) selamat dilahirkan secara normal di Hospital Pakar An-Nur Hasanah, Bangi.
Sebuah majlis kesyukuran akan diadakan dalam masa terdekat ini bagi meraikan kelahiran anak pasangan selebriti tersebut.
Sebelum ini, Ekin pernah keguguran sebanyak dua kali pada tiga tahun yang lalu.
Tahniah buat pasangan Mawi & Ekin dengan kehadiran orang ketiga dalam keluarga ini.
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments
1 Comments
Comments are closed.