Norish Karman Tekad Fokus Bidang Nyanyian 2012

Norish Karman Tekad Fokus Bidang Nyanyian 2012

Norish Karman yang telah menceburi bidang lakonan sejak tahun 1994 melalui filem Sayang Salmah,dan juga pernah membintangi drama yang digemari ramai iaitu Spa Q dan Spa Q 2 yang telah mencecah 120 episod yang ditayangkan di TV3 suatu ketika dahulu.

Beliau yang merupakan anak kelahiran Singapura kini telahpun berusia 38 tahun sangat berbakat dalam bidang lakonan.

Berikutan mengapa baru kini NK mula memfokuskan diri beliau dalam bidang nyanyian? Sedangkan bakat beliau dalam bidang lakonan sangat menonjol. Namun begitu, bagi NK bidang nyanyian merupakan jiwanya.

Menjelang tahun 2006, NK pernah menyertai ‘World Champion Of Performing Arts’ di Los Angelas dan berjaya merangkul pingat emas dalam kategori vocal (R&B).

Kini NK telah mengeluarkan single yang berjudul ‘Terus Melangkah’ (feat Filsuf) ciptaan Damien dan juga ‘Rahsia Hati’ ciptaan Julfekar.

Apabila ditanyakan kepada beliau, mengapa ambil masa begitu lama untuk menyanyi. tidakkah sedikit terlambat pada usia sebegini? Pantas beliau menjawab.

“Mengapa Tidak?” –NK

Pasti ramai yang tertarik dengan lontaran suara yang dibawa oleh NK.

credit: Rentak Artis

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments